Majlis Restu Ilmu SPM 2009
Majlis Restu Ilmu Pelajar SPM 2009 telah berlangsung pada 16 November 2009 bertempat di Dewan Tertutup, SMKA Tun Datu Mustapha. Majlis yang dianjurkan oleh para pelajar Ting.4 2009, dipengerusikan oleh Adik Mohd Azeem itu turut sama meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang sepanjang tahun 2009 . Majlis tersebut telah dirasmikan oleh tuan pengetua sendiri, Ustaz Haidon Hadi Sapiri. Program yang turut dihadiri oleh para ibu-bapa para pelajar SPM 2009 bermula dengan ucapan wakil pelajar SPM 2009. Seterusnya adalah ucapan daripada Ketua Warden, Cikgu Asnan yang mengingatkan pelajar supaya menggunakan segala kesempatan yang ada di sekolah berasrama penuh untuk meningkatkan lagi kecemerlangan diri.
Seterusnya adalah giliran PK HEM, Cikgu Rosmazlan untuk menyampaikan amanahnya. Dalam ucapan beliau, anugerah Merit bagi kategori pelajar lelaki dan perempuan turut disampaikan. Tahniah diucapkan kepada adik Roslan dan adik Nurul Farzana yang telah menyandang anugerah Merit bagi tahun 2009. Cikgu Rosmazlan juga menyampaikan amanah beliau supaya para pelajar SPM berusaha sebaik mungkin demi mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, khususnya dalam peperiksaan SPM yang akan mereka tempuhi pada minggu hadapan.
Ucapan perasmian seterusnya disempurnakan oleh tuan pengetua, Ustaz Haidon Hadi Sapiri. Selain menyampaikan anugerah kecemerlangan bagi para pelajar yang cemerlang sepanjang tahun 2009, Ustaz Haidon turut sama menyampaikan amanat nasihat dan harapan beliau kepada para pelajar SPM 2009 khusunya, dan hadirin hadirat amnya. Beliau mengingatkan sidang hadirin bahawa SMKA sebenarnya bukan sekadar bermaksud Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, tapi turut membawa pengertian yang lebih mendalam iaitu Sentiasa Mencari Keredhaan Allah.
Majlis seterusnya diserikan dengan persembahan nasyid dari para pelajar tingkatan 4. Kemudiannya, para pelajar tingkatan 5 mengalunkan dua buah lagu dengan penuh perasaan. Dalam mereka mengalunkan lagu secara beramai-ramai, potret guru-guru turut dipersembahkan menyebabkan ramai yang sebak. Majlis kemudiannya menyaksikan penyerahan potret tersebut oleh wakil pelajar, Mohd Faizal Syazwan kepada tuan pengetua, Ustaz Haidon Hadi Sapiri. Acara kemuncak kepada majlis ini bermula ketika semua pelajar SPM 2009 berbaris untuk bermaafan dan memohon restu ilmu dengan para guru dan ibu bapa diiringi dengan selawat dan salam ke atas nabi.
Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dengan jamuan tengah hari bertempat di Dewan Makan Asrama. Terima kasih diucapkan kepada para pelajar Ting. 4 2009 yang berjaya menganjurkan majlis Restu Ilmu dan menguruskan jamuan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua
-Sir Syaiful 09-
- Jumriah nangis..











Januari 17th, 2011 at 10:20 pm
Mana ada sy dapat anugerah merit…. ada2 ja… salah orang ni…