Kejohanan Sukan Tahunan SMKATDM 2009

Pertandingan 100 meter Lelaki A
Pada 4 November 2009 telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan SMKA Tun Datu Mustapha 2009. Memandangkan padang sekolah masih lagi dalam pembinaan, pihak sekolah telah menyewa Stadium Penampang untuk mengadakan sukan antara rumah tersebut. Pihak sekolah telah menyediakan 4 buah bas sekolah termasuk bas dari SMKA Kota Kinabalu dan SMKA Limaun di samping bas sekolah kita sendiri untuk membawa kesemua warga pelajar dan pendidik SMKATDM ke sana.
Walaupun hanya sehari, ternyata perjalanan pertandingan berjalan dengan lancar. Kejohanan dimulakan dengan acara Balapan, diikuti oleh pertandingan lontar peluru. Seterusnya acara seterusnya adalah pertandingan lompat jauh. Kejohanan berhenti rehat sementara pada pukul 12.30 untuk memberi ruang kepada pelajar dan urusetia menikmati makan tengah hari serta solat Zohor.

Kewajiban solat tetap ditunaikan
Kejohanan diteruskan lagi pada pukul 2.00 petang dengan mempertandingkan acara balapan peringkat akhir. Kejohanan seterusnya dimeriahkan lagi dengan acara terbuka iaitu 4×100 meter yang disertai oleh para guru dan pelajar-pelajar tingkatan 5.
Acara diakhiri dengan pertandingan perbarisan antara rumah-rumah sukan yang bertanding. Ternyata pelbagai gelagat dan kerenah para peserta perbarisan dapat disaksikan, walau bagaimanapun wujud persaingan antara mereka menyebabkan para juri pening kepala untuk memilih pemenang.
Secara keseluruhannya, Kejohanan Sukan Tahunan SMKA Tun Datu Mustapha dijuarai oleh Rumah Maliki (Hijau) diikuti oleh Rumah Hanafi (Biru). Manakala perbarisan pula digondol oleh Rumah Shafiee (Kuning) dan diikuti oleh Rumah Hanafi (Biru).
Para pelajar mula menaiki bas untuk pulang pada pukul 4.00 petang.
- Pertandingan 100 meter Lelaki A
- Kewajiban solat tetap ditunaikan
- Peserta Hanbali membuat lompatan
- Guru Lelaki Menunjukkan Bakat Larian
- Maliki melakukan formasi
- Hanafi Memulakan Perbarisan
- Hanbali dengan Tema Ala Zorro
- Shafiee dengan formasi menarik
- Maskot Hanafi










Disember 2nd, 2009 at 9:17 pm
gambar lain mana….
Disember 28th, 2009 at 9:32 am
Inysaallah akan diusahakan..sila semak laman dari masa ke semasa