Februari 16th, 2012
by smkatdmbpi

Sambutan Maulidurrasul bagi tahun 2012/1433 Hijrah telah berlangsung pada 17 Febuari bertempat di Dewan Terbuka SMKA Tun Datu Mustapha. Majlis tersebut bermula seawal jam 7.00 pagi dengan dimulai dengan selawat dan salam ke bawah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan alunan nasyid Amma ul Husna oleh semua warga sekolah.
Slot ceramah pulah telah disampaikan oleh Ustaz Awaludin Nasution, pegawai di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS). Terima kasih buat semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran majlis ini.
Read the rest of this entry »
Category Aktiviti Semasa |
No Comments » | Tagged Maulidurrasul, SMKATDM, Us. Awaludin Nasution
Februari 15th, 2012
by smkatdmbpi

Bacaan ayat-ayat AL-Quran oleh Adik Mahira Sidek
Perasmian penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah bagi tahun 2012 telah diadakan pada 15 Febuari bermula jam 2.00 petang. Acara tahunan ini dijalankan untuk memilih para peserta untuk mewakili sekolah ke pertandingan MTQ peringkat daerah, selain menyuburkan minat ke arah hafazan dan tilawah Al-Quran.
Category Aktiviti Semasa |
No Comments »
Februari 9th, 2012
by smkatdmbpi

Acara sukantara antara rumah sukan kembali lagi. Acara tahunan ini dilangsungkan pada 9 Febuari 2012 bertempat di padang sekolah. Seperti tahun-tahun sebeblunya, terdapat ampat acara yang dijalankan iaitu lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing dan lompat jauh. Sukan ini menuntut penyertaan dari setiap pelajar supaya markah yang diiperolehi nanti akan dikumpulkan pada acara sukan tahunan nanti dalam memilih juara rumah.
Read the rest of this entry »
Category Aktiviti Semasa |
No Comments »
Februari 8th, 2012
by smkatdmbpi

Tahniah diucapkan kepada kontinjen sekolah yang telah dinobatkan sebagai kontinjen terbaik kategori sekolah menengah dalam perarakan maulidurrasul 2012.
Read the rest of this entry »
Category Aktiviti Semasa |
1 Comment »
Mac 12th, 2010
by smkatdmbpi

Majlis Mohon Restu Ilmu SPM 2009
Majlis Restu Ilmu Pelajar SPM 2009 telah berlangsung pada 16 November 2009 bertempat di Dewan Tertutup, SMKA Tun Datu Mustapha. Majlis yang dianjurkan oleh para pelajar Ting.4 2009, dipengerusikan oleh Adik Mohd Azeem itu turut sama meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang sepanjang tahun 2009 . Majlis tersebut telah dirasmikan oleh tuan pengetua sendiri, Ustaz Haidon Hadi Sapiri. Program yang turut dihadiri oleh para ibu-bapa para pelajar SPM 2009 bermula dengan ucapan wakil pelajar SPM 2009. Seterusnya adalah ucapan daripada Ketua Warden, Cikgu Asnan yang mengingatkan pelajar supaya menggunakan segala kesempatan yang ada di sekolah berasrama penuh untuk meningkatkan lagi kecemerlangan diri.
Read the rest of this entry »
Category Uncategorized |
1 Comment »
November 16th, 2009
by smkatdmbpi

Guru-Guru SMKATDM
Pada 14 November 2009, telah berlangsungnya Konsultasi dan Majlis Jamuan Akhir Tahun Staff SMKA Tun Datu Mustapaha 2009. Majlis tersebut di adakan di Hotel Tang Dynasti, Kota Kinabalu bermula 7.00 pagi sehingga 2.00 petang. Konsultasi diisi oleh dua slot ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Fadzil, GC SMKATDM dengan tajuk “Ikhlas dalam Menlajankan Amanah”. Majlis seterusnya berhenti rehat pada pukul 9.30 pagi untuk minum dan sarapan.
Read the rest of this entry »
Category Uncategorized |
No Comments »
November 10th, 2009
by smkatdmbpi
Pada 6 November 2009 telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Anugerah Olahragawan dan Olahragawati serta pembahagian hadiah kepada para pemenang dalam acara sukan tahunan yang berlangsung pada 4 November 2009. Majlis ini seterusnya diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para peserta yang menyertai aktiviti-aktiviti dalam program Kempen Membaca 1 Malaysia.Berikut merupakan gambar-gambar yang berlangsung dalam majlis tersebut.
Read the rest of this entry »
Category Aktiviti Semasa |
No Comments »
November 8th, 2009
by smkatdmbpi

Pertandingan 100 meter Lelaki A
Pada 4 November 2009 telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan SMKA Tun Datu Mustapha 2009. Memandangkan padang sekolah masih lagi dalam pembinaan, pihak sekolah telah menyewa Stadium Penampang untuk mengadakan sukan antara rumah tersebut. Pihak sekolah telah menyediakan 4 buah bas sekolah termasuk bas dari SMKA Kota Kinabalu dan SMKA Limaun di samping bas sekolah kita sendiri untuk membawa kesemua warga pelajar dan pendidik SMKATDM ke sana.
Read the rest of this entry »
Category Aktiviti Semasa |
2 Comments » | Tagged dan Maliki, Hanafi, Hanbali, Shafiee, SMKA Tun Datu Mustapha, Sukan SMKATDM